Lajnah dan Exco

Monday, June 7, 2010

Rejim Zionis dan Kezalimannya


   Assalamualaikum w.b.t saya ucapakan kepada semua pembaca blog BADAR SERATAS. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden penawan kapal Mavi Marmara dan Rachel Corrie yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin. 18 orang aktivis daripada Malaysia telah menyertai misi ini, 12 daripadanya di atas Mavi Marmara dan 6 lagi di atas Rachel Corrie. Penawan kapal Mavi Marmara telah membunuh 9 orang yang ditembak oleh tentera Israel. Hayatilah kisah ini.

   Alhamdulilah, 12 orang rakyat Malaysia yang telah ditawan telah selamat kembali ke tanah air. Noor Azman, salah seorang sukarelawan dari Malaysia menceritakan kembali detik serangan itu kepada mereka yang berada di majlis berkenaan, dengan berkata, versi Israel mengenai kejadian tersebut hanya berupa pembohongan semata-mata. Beliau turut menolak dakyah Israel bahawa mereka yang berada di atas kapal tersebut telah melakukan keganasan.
 
Mairead Maguire dalam bas ke lapangan terbang Ben Gurion, Israel, Ahad lalu.

   "Macam mana ini boleh berlaku apabila di antara mereka terdapat seorang bayi yang berusia dua bulan setengah dan mereka yang berumur melebihi 80 tahun. Tiada siapa yang akan membawa seorang bayi bersama jika berniat untuk melakukan keganasan kepada orang lain," kata Noor Azman.

   Menurutnya lagi, Israel sudah merancang pembunuhan di atas kapal Mavi Marmara. Tentera-tentera Israel sudah pun mempunyai sasaran tertentu untuk dibunuh. Walau bagaimanapun. Malaysia dan dunia tidak akan berhenti untuk terlibat dengan bantuan kemanusiaan di Palestin pada masa akan datang.

RENUGKANLAH...


   Pembaca yang budiman sekalian, bukankah sudah jelas kekejaman rejim zionis terhadap Islam? Sejak penubuhan negara haram Israel, saudara-saudara Islam kita ditindas setiap hari. Anak-anak kecil dibunuh, warga emas ditembak, kemudahan awam dimusnahkan dan banyak lagi kezaliman Israel yang melampau.

Bom fosforus putih yang diletupkan di Gaza.

   Sudah sampai masanya bagi kita selaku umat Islam untuk bangkit menentang Israel. Ayuhlah kita memboikot barangan Israel. Walaupun kita tidak mampu untuk mengangkat senjata ke madan peperangan, ayuhlah kita beramai-ramai berdoa untuk kemenangan Palestin ke atas Israel. Marilah kita belajar bersungguh-sungguh untuk belajar kerana belajar itu juga satu bentuk perjuangan jihad. Fisabilillah!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain